Assalamualaikum, salam sejahtera.. :)
Aku tak tahu laa tiap kali mid semester break, semester ganjil mesti aku datang sini. Mungkin awal tahun dan semester yang rilex (banyak cuti). Hihi.. Kali ini aku datang Terengganu sendirian dengan menaiki sebuah bas Kesatuan Express. Hari tuh datang Terengganu ikot Grik tapi kali ini aku lalu Kuala Lumpur. Betapa takut dan gelabahnya aku sepanjang perjalanan datang Terengganu sendirian, aku SMS dengan si dia dan berborak dengan orang sebelah. (Haihh tuh pun nak cite kat orang. Buat malu je. -.-") Setibanya aku kat Stesen Bas Kuala Terengganu, aku menunggu si dia datang menjemput aku di sana pada awal pagi, 0600.. Mengantuk masa tuh haihh bukan main lagi. Sebelum sampai rumah si dia, aku mengajak si dia breakfast dulu. Dah habis breakfast kami pulang ke rumah dan telah di sambut ma dan abah si dia. Rasa segan dan malu aku datang sana lagi tapi aku seronok tengok wajah ma si dia sambut aku dengan gembira.
Sepanjang aku kat Terengganu tak mungkin aku duduk diam kat rumah. Sedangkan kat Ipoh ni pun aku asyik nak keluar aje. Haha.. Memang seronok. Ada satu malam hampir satu keluarga si dia ada dalam rumah tu. Waa. Dah dapat bayangkan. Huhu.. Masa minggu aku kat sana, kerap hujan dan susah aku nak keluar. Satu hari tuh ma abah si dia ajak keluar beli barang dapur dan terus pergi jalan-jalan. Kami pergi Masjid Kristal je. Hari Jumaat pula, petang lepas sembahyang Jumaat bagi kaum Adam, aku dengan si dia telah mengadiri satu majis sambut menantu, iaitu kawan aku sendiri (kawan PUO) kat Kampung Lerek, Terengganu. Lepas tu, kononnya nak hadiri pula majlis kahwin kawan si dia iaitu Shima kat Dungun, tapi Allah tak mengizinkan kami hadiri majlis Shima dengan menurunkan hujan yang sangat lebat di Merchang, Terengganu. Bayangkan lah kami dari Marang (tengah) ke Kampung Lerek (utara) nak pergi lak ke Dungun (selatan), haihhh lenguh pinggang wei. Tapi best.. :)

Kuala Ibai
Masjid Kristal
Tutti Frutti Kuala Terengganu
Kampung Lerek
Our Love!

No comments:
Post a Comment