Monday, December 12

JUNE-NOVEMBER

Pelbagai masalah dan dugaan aku harus tempuhi tetapi banyak perkara aku tidak dapat harungi dengan baik. Inilah ujian sebenar dari Allah Maha Mengetahui. Aku manusia biasa. Bukan yang luar biasa. Manusia biasa yang sering melakukan kesilapan dan mengharapkan kemaafan dari golongan berstatus manusia. Aku mohon maaf dengan seikhlas-ikhlasnya dari hati yang sudah kotor ini. Aku yang banyak dosa kepada Allah dan juga orang sekeliling. Aku tahu aku telah banyak buat banyak pihak sakit hati dengan sikap dan tingkah laku aku. Oleh sebab sifat dan tingkah laku aku itu, aku telah menyakiti hati sendiri.

Masalah dari kampung, keluarga, saudara-mara, rumah sewa, IPT, kawan-kawan, serta teman lelaki. Mahu dihuraikan masalah semua itu satu persatu memang tidaklah. Kerana aku tidak mahu untuk meneruskan kesulitan yang makin rumit.

Dengan kata terakhir, AKU MOHON MAAF atas kesilapan yang aku telah lakukan khas untuk orang yang telah membaca entri aku kali ini. Semoga KEMAAFAN dari pihak anda amatlah aku hargai dan berharap hidup anda akan sentiasa dirahmatiNya aku doakan.Terima kasih..

No comments:

Post a Comment